Saturday, January 9, 2016

2016.. Live every moment

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.. 2016 sudah menjengah.
Dan ini bermakna 2015 sudah berlalu.
Bila muhasabah kembali untuk tahun 2015, kulihat rentetan kehidupan ku tetap sama.. tak banyak yang berubah.
Tak banyak kenangan indah yang ada di ingatan, namun banyak memori yang "tidak indah" yang muncul. Walaupun saya sendiri sering mengatakan, peristiwa sedih itu jarang saya ingat (motivated forgetting= suppression as a self defense), namun saya akur, bukan mudah untuk meng"suppress"kan kenangan itu, dan ia menjadi lebih dominan dalam hati, lantas mengikis kenangan indah yang mengisi ruang di hati.

Oh, saya tak ingin mengeluh banyak. "The past is already the past". Let's think more for the future.
Jom ambil peluang tahun 2016 ini untuk jadi lebih baik, lebih teratur and lebih bermanfaat.
Insyaallah.

Doa daripada ayat ini akan saya cuba amalkan sebaik mungkin. Moga dibuka peluang untuk rezeki yang terbaik buat diri.

 " Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikannya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. "
(Surah At-Talaq: 2-3)

Memperkenalkan teman-temanku di tahun baru ;)

My Asus.. Tahun ni dapat teman e-book baru sebab My Dell dah xdapat diselamatkan selepas dapat virus yang sangat "malignant".. Huhu.. Harapnya, My Asus dapat jadi teman baru buat diri. Menjadi semangat untuk terus menulis. Ya, menulis sebagai refleksi diri :)

My beautiful and cute planner/small diary. Harapnya, segala kenangan manis.. yang manis di ingatan secara fizikal dan juga di jiwa dapat dibina dengan lebih baik. Jom kita mencipta kenangan!!  

" Today, I close the door to the past, open the door to the future, take a deep breath, step on through and start a new chapter in my life!"

 Khoirun: Welcome 2016!

Sunday, July 5, 2015

My best moment #1

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, 2 hari lepas kami sekeluarga berpeluang berkumpul bersama untuk iftar jam'ie di rumah. Kali ni, xbegitu cukup korum sebab kebanyakan putera-puteri keluarga kami mempunyai urusan belajar. Tapi alhamdulillah, mana yang dapat bersama, itupun sudah bermakna buat kami. Berbuka puasa, solat berjemaah&bertarawikh bersama adalah saat-saat indah yang sangat saya hargai. Apatah lagi, selepas bersolat, kami moreh bersama sambil ketawa&tersenyum gembira menonton cerita kartun.. Huhu..
Love you all, my rumahkasihsayangku :)

Khoirun: Being with family is my best moment :)

Monday, May 4, 2015

Ku hanya mahu jadi orang yang baik

Bismillahirrahmanirrahim

"Aku hanya mahu jadi orang yang baik..
melakukan kebaikan supaya orang lain mendapat manfaat..
Jika aku tak mampu, janganlah kiranya aku buat kejahatan..
atau kejahatan dalam kebaikan.."

One of the best quotes for me.. Credit to the writer



Khoirun: Jom berusaha!

Sunday, May 3, 2015

Diari Khoirun: Catatan pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Syukur padaNya, di kesempatan ini, masih berpeluang untuk berkelana di bumi Tuhan. Tempat yang di anugerah Allah untuk berjuang sebagai hambaNya, mengumpul pahala kebaikan, menghindari dosa kejahatan agar menjadi bekalan terbaik untuk bertemu Allah di hari pengadilan kelak.

Blog DiariKhoirun ini adalah rentetan blog lama "Zikrullah" . Zikrullah adalah sebuah blog yang pastinya amat saya sayangi, cerita kehidupan seorang pelajar perubatan yang mula mengenali erti persahabatan, dakwah dan tanggungjawab sebagai pejuang agamaNya. Blog yang akan sentiasa lawati, terutama semasa diri ini hilang semangat ;).

Dan kini sudah 5 tahun berakhir medan "undergraduate", saya  semakin sedar bahawa saya sebenarnya sudah mula bertapak di realiti sebenar. Realiti sebenar kehidupan dimana saya mula berjuang di alam pekerjaan, mula bertatih lemah dalam urusan dakwah di luar kampus, mula semakin matang dalam urusan kekeluargaan dan mula semakin dilema dalam menafsir siasah negara dan juga antarabangsa. Fuh, semakin mencabar bukan?

Harapanku, mg umur yang semakin meningkat ini akan semakin mematangkan diri. Saya akan sentiasa cuba untuk terus berjuang, bangun setiap hari berusaha untuk menjadi lebih baik. Fighting!


Munculnya blog DiariKhoirun ini mungkin akan lebih menjadi sebuah blog peribadi buat diri ini, namun di harap ia mampu memberi "effect positive" dalam muhasabah setiap perjalanan kehidupan yang dilalui.
InsyaAllah! :)


 ~ Tears and grief are good for self reflection ,
Moving on is still the best solution ~

-quotes by CML-


Khoirun: Lets move on! Fastabikul khairat! Keep fighting Nik :)