Sunday, May 3, 2015

Diari Khoirun: Catatan pertamaku

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Syukur padaNya, di kesempatan ini, masih berpeluang untuk berkelana di bumi Tuhan. Tempat yang di anugerah Allah untuk berjuang sebagai hambaNya, mengumpul pahala kebaikan, menghindari dosa kejahatan agar menjadi bekalan terbaik untuk bertemu Allah di hari pengadilan kelak.

Blog DiariKhoirun ini adalah rentetan blog lama "Zikrullah" . Zikrullah adalah sebuah blog yang pastinya amat saya sayangi, cerita kehidupan seorang pelajar perubatan yang mula mengenali erti persahabatan, dakwah dan tanggungjawab sebagai pejuang agamaNya. Blog yang akan sentiasa lawati, terutama semasa diri ini hilang semangat ;).

Dan kini sudah 5 tahun berakhir medan "undergraduate", saya  semakin sedar bahawa saya sebenarnya sudah mula bertapak di realiti sebenar. Realiti sebenar kehidupan dimana saya mula berjuang di alam pekerjaan, mula bertatih lemah dalam urusan dakwah di luar kampus, mula semakin matang dalam urusan kekeluargaan dan mula semakin dilema dalam menafsir siasah negara dan juga antarabangsa. Fuh, semakin mencabar bukan?

Harapanku, mg umur yang semakin meningkat ini akan semakin mematangkan diri. Saya akan sentiasa cuba untuk terus berjuang, bangun setiap hari berusaha untuk menjadi lebih baik. Fighting!


Munculnya blog DiariKhoirun ini mungkin akan lebih menjadi sebuah blog peribadi buat diri ini, namun di harap ia mampu memberi "effect positive" dalam muhasabah setiap perjalanan kehidupan yang dilalui.
InsyaAllah! :)


 ~ Tears and grief are good for self reflection ,
Moving on is still the best solution ~

-quotes by CML-


Khoirun: Lets move on! Fastabikul khairat! Keep fighting Nik :)

No comments:

Post a Comment